Sejarah Penubuhan
Sekolah ini ditubuhkan pada 8 Januari 1956. Ada empat orang tokoh pengasas yang amat berjasa dalam penubuhan sekolah ini. Tokoh pengasas C.U.P.S yang dimaksudkan ini ialah ; mendiang Penghulu Buan ak Siba, Mendiang Wong Meng Chung, Tuan Haji Tuah bin Drahman dan Ketua Kampung En. Sahar b. Ilias. Pada masa itu bilangan muridnya adalah seramai 44 orang sahaia. Sekolah ini merupakan sekolah yang tertua di Daerah Tatau dan ianya di bawah jagaan Bintulu District Council (BDC) pada waktu itu. Nama asal sekolah ini ialah Local Authority School Tatau. Pembinaan bangunan awal sekolah SRK Tatau pada masa itu telah dibiayai oleh penduduk penduduk kampung dan rumah panjang yang berdekatan dengan Pekan Tatau. Nama sekolah ini telah ditukar kepada Central Upper Primary School Tatau (C.U.P.S).
Tapak asal sekolah inl terletak di hadapan Sekolah Rendah Bantuan Chung Hua, Tatau iaitu di Gelanggang Bola Keranjang yang berdekatan dengan Padang Bola Sepak BDA sekarang ini. Oleh kerana bangunan sekolah asal itu kecil dan usang, maka ia tidak begitu sesuai lagi untuk digunakan bagi menampung murid-murid yang kian bertambah dari tahun ke tahun. Justeru itu pihak berkuasa Majlis Daerah Bintulu telah membeli sebidang tanah yang lain untuk membina sekolah yang baru dan lebih besar. SRK Tatau dipindahkan dari tapak lama ke tapak baru pada tahun 1962, Tapak baru tersebut adalah tapak Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Tatau sekarang ini.
Pada tahun 70-an iaitu setelah 10 tahun Sarawak merdeka melalui Malaysia dan semua sekolah diambil alih oleh Kerajaan Pusat Sekolah ini sekali lagi telah ditukar namanya iaitu Sekolah Rendah Kerajaan Tatau. Serentak dengan itu juga bahasa pengantar sekolah turut bertukar daripada bahasa pengantar Bahasa Inggeris kepada bahasa
pengantar Bahasa Melayu. |
SRK Tatau ketika itu mempunyai tiga bangunan bilik darjah, sebuah bangunan asrama, sebuah bangunan dewan makan dan sebuah bangunan dapur. Bangunan-bangunan tambahan yang ada pada ketika itu merupakan bangunan yang dibina secara gotong royong oleh penduduk tempatan yang berhampiran.
Dari masa ke semasa pertambahan murid meningkat dengan begitu ketara. Pada tahun 1985 sekolah ini telah dinaik taraf kepada Gred B dan ia merupakan sekolah Gred B yang terulung di Daerah Tatau. Bilangan murid-murid yang belajaf di SRK Tatau ketika ini mencecah 500 orang dengan tenaga pengajamya seramai 20 orang, seorang kerani, seorang pekeja sekolah dan tiga orang tukang masak. Daripada jumlah murid tersebut, 70% daripadanya merupakan penghuni asrama dan selebihnya adalah murid-murid harian. Pada tahun 1993, sekali lagi sekolah ini telah berpindah ke tapak baru iaitu di kawasan Pekan Tatau. Pada masa ini juga sekolah SK Tatau telah dinaik taraf kepada Gred A, Bilangan murid yang belajar di SK Tatau ketika ini adalah berjumlah 928 orang dengan jumlah tenaga pendidik seramai 50 orang. Daripada Jumlah murid tersebut, seramai 128 orangmurid sahaia telah mendaftar sebagai murid asrama pada sesi 2006.
Penurunan jumlah murid asrama daripada tahun sebelumnya adalah disebabkan masalah keadaan asrama lama yang agak sempit dan keadaan asrama baru yang belum siap sepenuhnya (masih dalam proses pembinaan). Selain itu, penubuham Sekolah Kebangsaan Kelawit Juga telah menyebabkan penurunan jumlah murid asrama berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana lebih separuh daripada murid asrama telah berpindah ke sekolah tersebut. Sejak tahun 1956 sehingga ke tarikh kini, beberapa orang Guru Besar yang silih berganti telah dipertanggungjawah untuk mentadbir C.U.P.S atau nama yang kini dikenali sebagai SK Tatau.
|
Senarai Guru Besar
Bil |
Tahun |
Guru Besar |
Catatan |
1 |
1956 |
TUAN HJ. BUJANG B NAPIS |
Di tapak sekolah lama pada 8.1.1956 di gelanggang bola keranjang SJK Chung Hua Tatau |
2 |
1957 |
EN. ROSLI B KAMARUDIN |
SDA |
3 |
1958-1960 |
TUAN HJ BAIDZAWI B HANAFFIEE |
Sda |
4 |
1961-1962 |
EN. LAW SWEE PHANG |
1962 di tapak sekolah dekat jambatan Sungai Jantan (Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Tatau kini dikenali sebagai PPD Tatau-Sebauh) |
5 |
1963-1964 |
EN. MUHD TUDIN BIN KESU |
Sda |
6 |
1965 |
EN. JOSEPH LING |
Sda |
7 |
1966-1968 |
EN. IBRAHIM BIN LATIF |
Sda |
8 |
1969-1970 |
EN. NAIMULLAH BIN AMINULLAH |
Sda |
9 |
1971 |
EN. RICHARD WONG HONG MENG |
Sda |
10 |
1972-1973 |
EN. FRANCIS HWANG JENG YONG |
Sda |
11 |
1974-1978 |
EN. PETER LANGGONG AK MANYI |
Sda |
12 |
1979 |
TUAN BAIDZAWI BIN HANAFFIEE |
Sda |
13 |
1980-1982 |
EN. DANIEL GASSAN AK ABUN |
Sda |
14 |
1983-1984 |
TUAN HJ. BAIDZAWI BIN HANAFFIEE |
Sda |
15 |
1985-1987 |
EN. SAHARI BIN SEBI |
Sda |
16 |
1988-1989 |
EN. ROBIN UDAU |
Sda |
17 |
1990-1994 |
EN SALAMUN BIN HJ IBRAHIM |
1993 di tapak baru sekarang |
18 |
1994-1996 |
EN. SAMUEL LAU ING TIENG |
Sda |
19 |
1997-2002 |
EN. HASHIM BIN HJ BUSRAH |
Sda |
20 |
2003-2008 |
EN. LEO @ SEBLI AK BOYONG |
Sda |
21 |
2008-2013 |
EN. ROSLAN BIN ROSLI |
Sda |
22 |
2014-2019 |
EN. JANUDDIN BIN AB RAHMAN |
2014 Dewan Seri Kenyalang Siap Dibina 2018 Blok IBS Baru Siap Dibina 2019 Pentas Dewan Siap Dibina |
23 |
2019-2021 |
EN. LINGOH AK MASAM |
Sda |
24 |
2021 - Sekarang |
EN. IBRAHIM BIN HJ. SETOK |
Sda |