Selamat datang ke web blog Sk Tatau yang baru. (Dahulu http://bestarisktatau.blogspot.my/).
Cadangan penubuhan webblog ini diilhamkan oleh En. Januddin (Guru Besar) semasa Mesyuarat Pusat Sumber 2017/bil.1 bertujuan untuk menaikkan taraf SSQS sekolah. Beliau mengamanahkan Perkhidmatan ICT Pusat Sumber untuk menubuhkan (menjadi admin) kepada web sekolah. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Thian, yang merupakan bekas guru di sini (kini SISC+ di PPD Tatau). Cikgu Thian merupakan admin kepada blog SK Tatau yang pertama. Untuk menubuhkan sktatau.weebly.com, pihak admin banyak merujuk kepada blog ini (http://bestarisktatau.blogspot.my). Berbekalkan aura dan semangat dari blog ini, admin yang baru akan berusaha untuk tidak mensia-siakan usaha yang dikerah selama ini. Penubuhan webblog ini masih lagi merupakan langkah yang kecil memandangkan barisan redaksi yang kurang (terdiri daripada GPSS GPICT dan beberapa orang guru). Untuk meningkatkan lagi kualiti kandungan dan publisiti, pihak admin membuka peluang kepada warga SK Tatau untuk menjadi penulis kepada webblog ini. Kami dari Pusat Sumber dan Unit ICT ingin mengucapkan ribuan tahniah kepada semua warga SK Tatau. Semoga web blog ini menjadi anugerah yang terindah kepada kita semua dalam menuju pembestarian sekolah.. Sekian daripada admin. Sumber: http://bestarisktatau.blogspot.my/ |
Hubungi Kami
+6086 584 389 (Tel/Faks) ARKIB
November 2021
KATAGORI
All
|