11 April 2018 | Syukur diatas kejayaan Majlis Pelancaran Program IMFree peringkat Sk Tatau. Majlis yang dihadiri oleh semua murid sesi petang tadi mendapat sambutan yang menggalakan. Turut menyerikan majlis, En Mohd Fairos Bin Ibrahim, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Unit Promosi Kesihatan Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu. Gambar: Gimik Perasmian Program IMFree Peringkat Sk Tatau.
Guru Besar Sk Tatau di dalam ucapannya, “Tahniah kepada En. Mohd Faizal Bin Sulaiman selaku penyelaras program yang menarik dan bermakna. Terima kasih diucapkan kepada semua warga Sk Tatau yang turut menjayakan majlis yang gilang gemilang ini”. 27 Januari 2018 | Kursus Pemimpin Muda telah disempurnakan dengan rasminya oleh Guru Besar, En. Janudin Bin Ab Rahman pada pagi tadi. Majlis ini turut dihadiri oleh YDP PIBG Sebagai penyeri kepada majlis perasmian. Peserta seramai 60 peserta yang terlibat dan kesemua daripada mereka telah mencapai objektif program.
Guru Besar menyampaikan sekalung penghargaan di dalam ucapan beliau, “ Terima kasih kepada Unit HEM, Kaunselor dan Guru Disiplin sekolah kerana mengelolakan kursus ini”. Guru besar menambah ”60 orang murid terpilih daripada 875 orang murid keseluruhan SK Tatau”. Beliau berharap agar peserta yang terpilih dapat menjalankan tugas dengan cemerlang. Acara ini berakhir dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh adik Mohd Syafick Bin Rizwan selaku Ketua Pengawas sesi 2018. Tahniah kepada peserta yang terlibat. |
Hubungi Kami
+6086 584 389 (Tel/Faks) ARKIB
November 2021
KATAGORI
All
|