Penulis: Cik Anizah Binti Zeol Pertama kali menjadi guru kelas semasa mereka berada di tahun 5 Bestari. Walau tidak pernah mengenal mereka dan walau tidak pernah mengajar mereka semasa mereka di tahun 4 Bestari, namun berusaha menjadi guru kelas yang terbaik. Terdiri daripada 12 orang murid lelaki dan 23 orang murid perempuan dan bersama-sama mereka selama 2 tahun banyak mengajar saya erti kehidupan sebagai seorang guru yang sebenar. Terlalu banyak kenangan suka dan duka yang tidak mungkin dilupakan bersama mereka. Ada yang kena marah, kena rotan, kena tengking dan macam-macam lagi. Namun jauh disudut hati saya buat begitu kerana saya sayang akan mereka. Menariknya kelas 6 Zuhal ini ialah sikap muridnya senang mendengar arahan guru, menghormati guru dan berdisiplin. Walau ada seorang dua murid yang nakal, tetapi kenakalan mereka kadang-kadang mencuit hati saya. Saya akui Murid-murid 6 Zuhal sangat dekat dalam hati saya. Mereka telah saya anggap sebagai adik-adik saya sendiri. Mereka murid terbaik yang pernah hadir dalam hidup saya. Mereka kekuatan dan semangat saya selama saya menjadi guru kelas mereka. Terdapat beberapa tokoh murid yang telah dilahirkan di dalam kelas 6 Zuhal dan telah menerima anugerah tersebut semasa majlis APC yang lalu. Antaranya Tokoh Akademik (Elsie Kulan Angkit) Tokoh Sahsiah & Tokoh Murid (Muhammad Aiman Hakim) dan Tokoh Kokurikulum (Andreas Akira Anak Albert). Saya bangga menjadi guru kelas mereka dan doa serta harapan saya agar mereka akan lebih berjaya di sekolah menengah dan seterusnya berjaya mencapai cita-cita yang mereka impikan. Doa saya sentiasa mengiringi mereka. CIKGU ANIZAH BINTI ZEOL merupakan Ketua Panitia matapelajaran Sejarah di Sek Keb Tatau. Nota Editor: Anda mempunyai pengalaman lain di Sek Kebangsaan Tatau. Kongsikan bersama kami. Kami mahu mendengarnya daripada anda. Hantarkan ke [email protected] Baca juga:
|
Hubungi Kami
+6086 584 389 (Tel/Faks) ARKIB
November 2021
KATAGORI
All
|