Lawatan sambil belajar murid asrama ke Balai Bomba & Penyelamat Daerah Tatau.
Lihat Juga:Oleh : PKKO
Perhatian kepada guru-guru Kelab/Sukan & Unit Beruniform Dan Guru PAJSK Tahun 6. Anda diminta untuk menyiapkan pengisian data lebih awal memandangkan 31 OKTOBER adalah tarikh tutup utk Tahun 6. Untuk yang MBK Murid Berkeperluan Khas, guru-guru hanya perlu mengisi penilaian PAJSK sahaja. Bagi Data SEGAK, mereka ini dikecualikan. *nota: Nama mereka sudah dimasukkan ke dalam sistem PAJSK melalui APDM secara automatik Kepada guru-guru PJK yang ingin mengubah markah SEGAK atau membuat keyin bagi yg TL. Pihak PPD (Pn Florence Tampang) sudah membuat reset untuk memberi laluan kepada guru-guru PJK membuat semakan semula. Diminta agar semua guru dapat memberikan kerjasama sebelum pentadbir membuat pengesahan. Terima Kasih Makluman gangguan capaian aplikasi online KPM.
Gangguan Pertama | 26 Okt 2018 6:00 pm - 1:00 am Gangguan Kedua | 28 Okt 2018 6:00 pm - 1:00 am Hubungi: Pusat Data KPM Helpdesk (06 797 8424) Oleh: PKKO Pengisian PAJSK untuk sesi 2018 kini dibuka mulai 19 Oktober 2018. Guru-guru boleh mula mengisi Borang Lampiran C dahulu sebelum sistem mulai sesak. Sebarang aduan dan pertanyaan boleh diadukan terus kepada [email protected] Dapatkan Panduan Pentaksiran Kokurikulum di bawah. Muat Turun:
15.10.2018 | Pihak sekolah telah mengadakan bengkel Frog SaTe bersama penceramah jemputan dari PPD (Pn. Florence Tampang). Program ini diselaraskan ileh Guru Admin VLE (En. Abdul Wafi) dan dibantu oleh GPM (Pn. Roslina).
Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi menyampaikan modul SaTe kepada guru-guru dan pentadbir untuk meningkatkan keberkesanan VLE Frog terhadap PdPc. Modul SaTe mendedahkan guru tentang pelaksanaan VLE yang lebih mudah dan ringkas. Untuk keterangan lanjut, ibu bapa dan guru boleh melayari http://frogasia.com sekarang. Pada masa bengkel ini dijalankan, Sk Tatau merupakan satu-satunya sekolah yang aktif menggunakan VLE Frog di dalam Daerah Tatau-Sebauh untuk peringkat sekolah rendah. Menjelang 2019, Sk Tatau bersama dengan SMK Tatau dan SJKC Chung Hwa, Tatau akan menjadi sekolah perintis VLE Daerah Tatau. Acara penutupan bengkel tadi disempurnakan dengan acara penyampaian cenderahati kepada penceramah dan sesi fotografi kenang-kenangan sebagai simbolik penutupan. Diharapkan hadirin yang menyertai bengkel ini dapat memanfaatkan segala ilmu dan pengalaman di masa akan datang. |
Hubungi Kami
+6086 584 389 (Tel/Faks) ARKIB
November 2021
KATAGORI
All
|