28 Ogos 2018 | Bengkel Keceriaan LINUS bertempat di Pusat Sumber Sk Tatau mendapat sambutan yang baik dari semua guru Sk Tatau.
Guru-guru dan pentadbir riuh rendah menyiapkan rekaan dan hasil kreatif yang penuh bermakna. Berbekalkan harapan yang tinggi dan cinta kepada anak murid, guru-guru Sk Tatau berjaya menyediakan banyak koleksi keceriaan LINUS bagi tahun 2018. Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Semoga hasil peluh keringat guru-guru ini dibalas dengan prestasi LINUS yang memberansangkan menjelang Ogos dan September ini. Laporan oleh: Pembantu tadbir Sk Tatau
Tarikh: 30 Ogos “Pengumuman penting. Mohon kerjasama Pembantu Tadbir untuk beritahu guru semenanjung yang belum menghantar Borang Tuntutan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal (TMWA) . Sila hantar tuntutan anda secepat mungkin sehingga minggu hadapan (6 September). Sekiranya peruntukan ditarik balik, Unit Kewangan PPD Tatau tidak akan bertanggungjawab atas segala isu TMWA yang tidak dibayar kelak. Harap maklum.” - Unit Kewangan PPD Tatau Sebarang maklumat lanjut, hubungi Puan Maurine PPD Tatau. 8 Ogos | Perkhemahan Lencana Pengakap anjuran Pengakap SK Tatau. Seramai 26 orang peserta yang melibatkan diri dalam ujian lencana dan ujian keris sesi 2018. Ujian keris gangsa dan perak ini mendapat sambutan ramai murid dari tahun 4, 5 dan 6. Kesemua mereka lulus dengan cemerlang dan dicalonkan penganugerahan keris menjelang Oktober nanti.
Harapan kami dari Pengakap SK Tatau adalah untuk melahirkan penerima Rambu Pengakap Kanak-Kanak pertama Daerah Tatau. Diharapkan murid-murid SK Tatau yang bergiat dalam aktiviti ini menjadi insan yang hebat, berdedikasi dan berguna pada masyarakat dan negara. |
Hubungi Kami
+6086 584 389 (Tel/Faks) ARKIB
November 2021
KATAGORI
All
|