28 Julai 2018 | Sambutan 5 dalam 1 Prasekolah terditi daripada:
PK1 | SKPMg2 : Untuk Kegunaan Pencerapan - diisi secara offline. Tujuan: Untuk menjana skor/markah. Skor/Markah pula akan diisi secara online di portal SKPMg2 oleh Cikgu Canny.
Borang di atas boleh juga diambil dari rakan-rakan guru yang sudah ada softcopy berkenaan. TQ 19 Julai 2018 | Kempen Hour of Code anjuran Panitia TMK dan Unit ICT SK Tatau. Murid/murid berpeluang untuk mendapat pendedahan tentang kemahiran komputer dengan mudah dan menyeronokkan. Kempen ini akan berjalan dari Januari hingga Oktober. Kempen ini adalah kesinambungan dari Kempen Hour of Code dan Pameran ICT tahun 2017 Sk Tatau. Pada tahun lepas, murid-murid disajikan dengan permainan video hasil murid Tahun 6 Zuhal. Pada tahun ini, murid-murid yang terpilih dapat merasai pengalaman melibatkan diri dalam alam komputer dengan lebih mendalam. Kempen ini adalah sebahagian daripada Program Bestari Sk Tatau 2018. Selain daripada kempen ini, Unit ICT juga mengadakan Kempen Keselamatan ICT, Pameran Mini ICT dan Pelancaran VLE SK Tatau. Diharapkan semua program ini dapat berjalan dengan lancar. Kumpulan Tahun 5 Kumpulan Tahun 3 Pautan berkaitan: Daftar: https//goo.gl/xLmvjR
Manual: https//goo.gl/h7qdwc Akuan penyertaan: https://goo.gl/LUJo9z Dokumentasi & Laporan: https://goo.gl/UzfTGB Oleh GPICT | SSQS 2018 SSQS (Smart School Qualification Standards) adalah sistem penarafan bintang yang dicapai oleh sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Tujuan pelaksanaaan SSQS adalah untuk menilai amalan-amalan terbaik bagi pembudayaan ICT di SK Tatau selaku sebuah "Smart School" dan diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara. Aplikasi ini digunakan untuk membuat kajian dan mendapatkan maklumbalas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah. Responden yang akan dipilih adalah terdiri dari:
Tempoh penilaian 16 Julai 2018 hingga 30 Ogos 2018 Mereka yang terpilih hendaklah:
Sekiranya mengalami masalah berkenaan token/login, sila hubungi GPICT En. Abdul Wafi & Penyelaras SSQS Pn. Dolly Subang. Lihat Juga:
12 Julai 2018 | Oleh PK1 | Berikut adalah contoh PINTAS dan OPPM untuk rujukan setiap Ketua Panitia. Selamat Sejahtera semua Ketua Panitia Mata Pelajaran. Sukacita sekiranya tuan/puan dapat menyiapkan *PINTAS* dan *OPPM* bagi subjek anda dalam bulan Julai ini. Sekiranya ada kemusykilan, sila dapatkan bantuan daripada pihak pentadbir sekolah atau pegawai SISC+. Terima Kasih.
Berikut adalah cara-cara untuk log in ke akaun anda. Langkah 1: Dapatkan YES ID dan PASSWORD. Dapatkan dari admin VLE atau Guru Penyelaras ICT berdekatan. Langkah 2: Lawati laman VLE Frog SK Tatau yang tertera di laman web sekolah atau klik sahaja link di bawah. *Sila gunakan pelayar web (Web Browser) Google Chrome. Langkah 3: Masukkan YES ID dan PASSWORD untuk log in. Lihat Juga |
Hubungi Kami
+6086 584 389 (Tel/Faks) ARKIB
November 2021
KATAGORI
All
|