Assalamu'alaikum dan Selamat Sejahtera
Ujian saringan pertama ukm1.permatapintar.edu.my dibuka mulai hari ini. Harap dapat sebarkan kepada rakan-rakan, kaum kerabat. Terima kasih Nota: Terbuka kepada calon berumur 9 - 15 tahun 27 Januari 2018 | Kursus Pemimpin Muda telah disempurnakan dengan rasminya oleh Guru Besar, En. Janudin Bin Ab Rahman pada pagi tadi. Majlis ini turut dihadiri oleh YDP PIBG Sebagai penyeri kepada majlis perasmian. Peserta seramai 60 peserta yang terlibat dan kesemua daripada mereka telah mencapai objektif program.
Guru Besar menyampaikan sekalung penghargaan di dalam ucapan beliau, “ Terima kasih kepada Unit HEM, Kaunselor dan Guru Disiplin sekolah kerana mengelolakan kursus ini”. Guru besar menambah ”60 orang murid terpilih daripada 875 orang murid keseluruhan SK Tatau”. Beliau berharap agar peserta yang terpilih dapat menjalankan tugas dengan cemerlang. Acara ini berakhir dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh adik Mohd Syafick Bin Rizwan selaku Ketua Pengawas sesi 2018. Tahniah kepada peserta yang terlibat. 20 Januari | Atlet Merentas Desa SK Tatau mewakili daerah Tatau mencipta nama di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu pada hari ini. Pasukan kita telah dinobatkan Juara Keseluruhan kategori lelaki dan perempuan. Penolong Kanan Kokurikulum, En. Sambang Tumas berkata, "Tahniah atlet SK Tatau menyumbangkan pingat untuk Rentas Desa peringkat Bahagian dan tahniah kepada Penyelaras Sukan, En. Hanis Safwan dan barisan jurulatih.Permulaan yang baik untuk sesi 2018".
Menurut Penyelaras Sukan, En. Hanis Safwan berkata, "Kita menang keseluruhan bagi kategori L12 dan P12. Berbekalkan reputasi ini, kita akan bertanding sebagai wakil Bintulu untu Kejohanan Merentas Desa MSS Negeri Sarawak 2018 di UPM Bintulu pada 10 Februari 2018 nanti". Atlet daerah Tatau yang terpilih mewakili Bintulu adalah atlet yang telah mendapat tempat pertama hingga ke-6 dalam kejohanan bagi setiap kategori. Atlet tersebut adalah adik Albert Bawing Ak Labun dari Kelas 6 Musytari. Tahniah diucapkan. Laporan: Hanis Safwan Tahniah kepada anak-anak Tatau yang terpilih menyertai skuad NFDP Bintulu (Program Pembangunan Bolasepak Kebangsaan) Kategori 12 TKB Berikut Merupakan Nama yang terpilih: 12TKB
11TKB
Lihat juga: |
Hubungi Kami
+6086 584 389 (Tel/Faks) ARKIB
November 2021
KATAGORI
All
|