Oleh: Abdul Wafi, GPB Alhamdulillah ala kulli haal. Kerja migrasi tapak daftar rumah sukan ke data ke data studio berjaya. Berkat kerja keras pagi tadi, berjaya juga kerja-kerja migrasi data rumah sukan masuk ke dalam sistem Daftar KK. Update Log: Tapak daftar rumah sukan sebelum ini hanya merekodkan nama, kelas dan rumah sukan. Tiada "key" yang sesuai dapat digunakan untuk "link" kan tapak lama ke sistem baru. Biasanya sekolah-sekolah menggunakan no APDM ataupun mereka "generate" unik ID yang baru (No. KP agak sensitif digunakan, dan panjang juga). 1) 7.20 am - Solusi yang dibuat tadi adalah, gunakan nama sebagai key dalam tapak lama dengan APDM dan buat report guna data studio yang baru (Nama, Kelas, Tahun, KP, dan Rumah Sukan). Kelemahan cara ni adalah, murid yang salah ejaan dan masalah nama sama atau bertindih (duplicate) di dalam tapak lama akan keciciran rumah sukan. Saya kira mungkin dalam 20% (160 orang) murid akan tercicir. 2) Selepas tu, export sheets yang baru, untuk proses mengisi rumah sukan bagi murid yang tercicir. Selepas "filter" sheets tadi, ada seramai 300 murid, (301 murid to be exacted) yang tercicir (41% tercicir tu). Tapi, semuanya sebab ejaan nama, dan murid baru. Tak ada nama bertindih dalam tapak lama tu. Marilah kita bekerja. 3) Hasilnya: Tinggal baki 12% (94 murid) daripada 727 nama yang tercicir. Boleh la untuk langkah pertama. 4) Kemudian, buat data blending baru APDM dengan sheets. Blending baru ni menggunakan IC murid supaya tak ada lagi isu salah ejaan nama dan data bertindih. Akhir sekali, masukkan dalam Daftar KK untuk analisis dan verifikasi. 2.20 pm - Tamat Log LIHAT JUGASalam sejahtera, berikut adalah sistem pelaporan daftar Kokurikulum SK Tatau berbentuk pengkalan data. Sistem ini diwujudkan atas permiintaan guru penasihat kelab / persatuan / badan beruniform agar urusan pendaftaran dan pengurusan murid berjalan dengan lancar. Sistem ini menghubungkan data dari APDM dan tapak excel Daftar KK menggunakan Google Data Studio. (Kolaborasi Unit HEM, Unit Kokurikulum & Unit ICT)
Tak perlu saya jelaskan dari segi teknikal lagi, Unit ICT berharap projek ini akan diteruskan sehingga sistem ini menjadi stabil dan mesra pengguna untuk digunakan di peringkat sekolah. Saya akan kemaskini progres sistem ini dari masa ke semasa dan diharapkan warga SK Tatau dapat bersabar ya. Memandangkan data di dalam sistem ini amat sulit, saya telah meletakkan password pada laman Daftar KK untuk menjaga sesitiviti data murid kita di masa akan datang. Doakan kami agar projek ini berjalan dengan jayanya. Oleh: En. Sambang (PKKO) Bagi memudahkan tugas melengkapkan Fail KK, saya sudah menyediakan template dan membuat kompilasi untuk dicetak oleh guru-guru. Sila isikan tempat kosong dan cetak semua isi kandungan yang dikehendaki. Pastikan cikgu telah semak terlebih dahulu sebelum dihantar untuk pengesahan. Selamat maju jaya. Download:
Lihat juga:Laporan oleh: Abdul Wafi Tajuk: Arah mata angin Aktiviti: Mengenal arah mata angin dan melukis pelan bangunan sekolah. Lihat JugaOleh: Abdul Wafi Bin Amin Nordin 7 Julai | Kg. Jepak, Bintulu. Bagi meraikan bakat dan kecenderungan murid, Pasukan Pengakap SK Tatau seramai 3 orang telah menyertai Pertandingan Beyblade Battle di Kampung Jepak, Bintulu. Murid yang terlibat: 1) Muhammad Rasyah 6N (Peserta) 2) Benedict Rosales 5N (Peserta) 3) Muhamad Altaf Darwishy Bin Mohd Norfazil 2N (Juara Kategori 9 tkb) Lihat Juga |
Hubungi Kami
+6086 584 389 (Tel/Faks) ARKIB
November 2021
KATAGORI
All
|