Laporan : Admin Syukur, dengan berakhirnya Majlis Pelancaran Laman Web & MAP tadi, Laman Web Sktatau.weebly.com secara rasminya telah menjadi laman web rasmi kepada Sek Keb Tatau. Majlis dengan jayanya telah dirasmikan oleh En. Muhammad Safwan Abdullah selaku Pegawai Teknologi Pendidikan di PKG Bintulu. Beliau berharap agar laman web ini menjadi simbol kepada warga SK Tatau dalam dunia ICT.
Guru Besar Sk Tatau, En. Janudin Bin Ab Rahman pada ketika itu, mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru kerana bertungkus lumus dalam menyediakan laman web ini. Majlis Pelancaran ini dibuat adalah bertujuan untuk meraikan penglibatan warga Sk Tatau dalam dunia ICT. Selain daripada menjadi tapak informasi, laman web ini juga boleh dicapai dari pelusuk Malaysia yang ingin mengenali SK Tatau dengan lebih dekat. Latar belakang sktatau.weebly.com Laman web Sek Keb Tatau telah mula dibina mulai Januari 2017 dan dapat berfungsi dengan sepenuhnya mulai Nov 2017. Penubuhan laman web ini dicetuskan semasa pembentangan penarafan band SSQS di Pusat Sumber Sek Keb Tatau. Guru Penyelaras Bestari dilantik sebagai penyelaras laman web dan dibantu oleh guru-guru yang lain. Sehingga 2 November2017 , laman web ini mengandungi 50 artikel, 500 keping gambar, 50 video dan mencapai ranking ke-3 dalam enjin carian Google, SK Tatau. Harapan
lihat juga : Utusan Borneo; Sk Tatau Miliki Laman Web Sendiri video : Montaj Pelancaran Laman Web Weebly 101 - Cara menulis 'Entry'
Ditulis oleh: Abdul Wafi
Disediakan oleh: Unit ICT Kami memerlukan penulisan anda! Kami mahu anda menjadi penyumbang (Contributor) kepada web ini. Segala sumbangan seperti artikel, muatnaik gambar, video, powerpoint dan lain-lain amat kami hargai. 'Download' slaid dan pamphlet di bawah.
5 Fakta menarik tentang menulis blog.
#1 Tak semestinya kena menulis. Korang boleh post gambar, video dan bahan-bahan bacaan yang korang rasa menarik. 'A picture means a thousand words' tak gitu. Mudah kan. |
Hubungi Kami
+6086 584 389 (Tel/Faks) ARKIB
November 2021
KATAGORI
All
|