Tempat: SK Sg Kem Batu 18
Acara Jemputan Gambar: Hanis Safwan Keputusan: 4x100m (L)- Perak 4x100m (P) - Gangsa Laporan: Abdul Wafi Sumber dan Gambar : Hanis Safwan Anuar Berita baik buat kita semua. Tahniah kepada Andreas Akira (6 Zuhal) kerana mendapat emas yang kedua. Akira telah menjuarai acara Lompat Jauh 12 Tahun Lelaki di kejohanan MSSR Bintulu 2016. Berita ini menarik minat penulis untuk mengulas lanjut tentang Akira.
Akira memperoleh emas yang pertama.
Laporan: Abdul Wafi Bin Amin Nordin
Sumber dan Gambar: Hanis Safwan Anuar
Atlet harapan SK Tatau yang juga atlet harapan daerah telah menjuarai acara Lompat Tinggi bagi kategori 12 tahun lelaki. Andreas Akira (6 Zuhal) menjuarai pertandingan dengan lompatan 1.45m, menyamai rekod semasa Bahagian Bintulu. Berikut adalah kronologi pertandingan.
1.42m Pertandingan diteruskan dengan 3 peserta untuk lompatan setinggi 1.42m. Seorang dari Kemena dan seorang dari Sebauh cuba merebut pingat emas yang bakal menjadi milik Andreas Akira (Tatau) . Untuk lompatan pertama, atlet Kemena telah gagal dan menyebabkan gangguan psikologi kepada atlet yang lain. Hal ini menyebabkan Andreas tidak dapat focus dan gagal dalam lompatan yang pertama. Berbeza pula dengan atlet Sebauh yang berjaya melompat dengan mudah dan melepasi peringkat ini. Andreas Akira menjadi lebih tertekan apabila atlet Kemena gagal sekali lagi untuk lompatan kedua. Akibatnya, Andreas Akira (Tatau) gagal dalam lompatan kedua. Dalam lompatan terakhir, atlet Kemena terus gagal namun nasib berbalik kepada Akira selepas Berjaya dengan lompatan terakhir. 1.45m Andreas Akira sebelum ini telah merangkul emas dan dinobatkan sebagai olahragawan dengan membuat lompatan setinggi 1.45m (pecah rekod). Pada pagi tadi, Akira Berjaya membuat lompatan tersebut dengan dengan dua kali percubaan (menyamai rekod Bintulu). Atlet Sebauh pula gagal ketiga-tiga lompatan menyebabkan Akira dinobatkan sebagai pemegang pingat emas bagi acara lompat tinggi 12 tahun lelaki. 1.47m (Acara memecah rekod bahagian)
Acara diteruskan dengan lompaan setinggi 1.47m. Berbekalkan semangat yang kental, Akira terus melawan sehingga lompatan yang terakhir. Namun, nasib tidak menyebelahi Akira apabila gagal memecahkan rekod kejohanan. Namun, syabas kita ucapkan kepada adik Andreas Akira kerana telah mengharumkan nama baik sekolah dengan pencapaian dan semangat yang ditunjukkan.
Buletin MSSR Bintulu 2017.Laporan: Abdul Wafi Bin Amin Nordin Sumber dan Gambar: Hanis Safwan Anuar Hari ini merupakan Hari Pertama MSSR peringkat Bintulu. Kejohanan yang bertempat di Stadium Muhibah Bintulu menjadi medan pertembungan antara beberapa daerah di Bintulu.
Dalam perebutan tahta, daerah Tatau membariskan atlet-atlet bertaraf bintang seperti Andreas Akira (SK Tatau) untuk acara lompat tinggi dan Sylvester a.k.a Fei Mao (SK Sg. Bagiau) bagi acara melontar peluru. Diharapkan daerah Tatau dapat mendominasi kejohanan sejak hari pertama lagi. Sama-samalah kita mendoakan kejayaan mereka. Fly Kenyalang Fly, Fly High. |
Hubungi Kami
+6086 584 389 (Tel/Faks) ARKIB
November 2021
KATAGORI
All
|