Laporan: Abdul Wafi Gambar : Abd Wafi & Syazwan Bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada bulan yang terpenting dalam Islam. Bulan yang dianggap sebagai bulan ibadah bagi umat Islam ini adalah bulan di mana umat Islam difardhukan untuk mengerjakan ibadah puasa. Sehubungan dengan itu, umat Islam digalakkan bersedekah, bertadarus Al-Quran, menunaikan solat sunat terawikh, qiamullail, mengeluarkan zakat fitrah bagi yang berkemampuan dan melaksanakan ibadah-ibadah sunat yang lain. Program ini dirangka bersama-sama program yang lain bagi mengisi bulan Ramadhan pada tahun ini. Aktiviti/Sumbangan:
1. Penyampaian Tabung Kasih Ramadahan 2. Majlis Berbuka puasa dan sumbangan kepada anak yatim dan miskin 3. Penyerahan songkok kepada murid yang tidak berkemampuan. 4. Solat sunat Terawih berjemaah 5. Jamuan moreh. Pihak ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyumbang sumbangan sempena Ramadhan: 1. Encik Saidi, Wakil PBB 2. Puan Emi, MLNG 3. Unit Kebajikan PPD Tatau 4. Masjid Darul Ibadah, Tatau 5. Sumbangan daripada murid 6. Alia Maju Cafe 7. Baitulmal Sarawak 8. Abuya Maju Sdn. Bhd “Diharap agar program ini dapat memberikan manfaat serta kesan positif kepada semua murid beragama Islam, guru dan staf Islam SK Tatu khususnya, ibu bapa murid-murid Islam dan masyarakat setempat amnya dalam usaha memanfaatkan bulan ramadhan yang mulia di samping mengimarahkan surau SK Tatau.” -Huzaini Bin Amir, Pengarah Program Ihya Ramadhan SK Tatau 1438H/2017 Lihat juga: Majlis Memasak dan Agihan Bubur Lambuk Webpage JAKIS: Page JAKIS |
Hubungi Kami
+6086 584 389 (Tel/Faks) ARKIB
November 2021
KATAGORI
All
|