Laporan & Gambar: Abdul Wafi & Haniff Tarikh: 7 Julai 2017 bertempat di Dewan Asrama SK Tatau Nama Penceramah: Dr Hj Abdul Kuddus Bin Hj Ramlee Pengacara: En. Nazri Bin Awang (BACA) 5 FAKTA MENARIK TENTANG MOTIVATOR #1 Anak kelahiran Bintulu
Dr. Hj Abdul Kuddus Bin Hj Ramlee adalah seorang lulusan Doktor Falsafah dan merupakan anak kelahiran Bintulu. Beliau pernah menjadi seorang guru di beberapa sekolah menengah di Bintulu selama 5 tahun. Selepas itu, beliau meninggalkan dunia pendidikan dan ditawarkan bekerja di PETRONAS sebagai Eksekutif Perhubungan Awam di Asean Bintulu Fertilizer Sdn Bhd selama 10 tahun dan seterusnya mengurus syarikat itu sendiri sehinggalah sekarang. #2 Aktif dalam masyarakat Beliau melibatkan diri secara aktif dan meluas. Antara penglibatan beluai adalah i- Menganjur Pesta Menanga di tapak Kuala Sungai Kemena. Pesta ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Hj Abdul Taib Mahmud. Kehadiran peserta yang hampir 20,000 menjadi titik kejayaan yang besar. ii- Mengelola Pertandingan Go Kart di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu. Pertandingan ini menerima sambutan dari dalam dan luar Bintulu termasu Negara Brunei Darussalam. iii- Semasa di PETRONAS, beliau menjadi pencetus Hari Keselamatan dan Kesihatan Bintulu. Penganjuran bersama ini menerima kerjasama dari Lembaga Kemajuan Bintulu, Malaysia LNG, ABF Sdn Bhd dan pejabat Residen Bintulu. iv- Menjadi Pengerusi Pesta Air di Kuala Tatau dengan menganjur pertandingan bot laju dan lian-lain. #3 Aktif dalam sukan Pernah dipilih sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Bintulu dan dilantik sebagai Ahli Kaunsil Persatuan Bolasepak Sarawak. Beliau juga aktif di dalam bidang sukan dan kebudayaan semasa di kolej, Maktab dan sekolah. #4 Kini seorang yang berjaya. Dr Hj Abdul Kuddus adalah merupakan penyandang FELLOW dan dipilih sebagai Pengerusi Cawangan dan Malaysian Counsil dalam Ther Chartered Institute of Logistics and Transport Malaysia (CILTM). Penglibatan beliau dalam menghasilkan ramai ahli-ahli professional Chartered di Sarawak telah mendapat perhatian daripada CILTM dan pada tahun ini (2017) beliau telah dianugerahkan sebagai penerima FELLOWSHIP dengan gelaran FCILT Profesional yang tertinggi isitu The Chartered Fellow dari CILTM. #4 Berpengalaman sebagai Speaker Dr Hj Abdul Kuddus pernah dilantik sebagai salah seorang Speaker di Seminar Budaya Melaau ke-4 di Mukah dengan pembentangan kertas kerja bertajuk Managing Melanau Association. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa di dalam Jawatankuasa Keselamatan Jalanraya Sarawak. #5 Motivator Pada masa yang sama, beliau seringkali dijemput sebagai motivator bagi pelajar, ibubapa dan guru di Bintulu dan Miri. Baru-baru ini beliau telah dijemput oleh Yayasan Sarawak sebagai motivator Program Explorasi Pendidikan di SMK Tinjar dan SMK Long Lama. Beliau juga pernah dijemput untuk memberi motivasi di SM Sains Miri, SMK Asyakirin, SMK Tatau dan banyak lagi. Dr Hj Abdul Kuddus dianugerahkan dengan 5 orang anak dan 6 orang cucu. Baca juga: Program Kecemerlangan UPSR 2017 |
Hubungi Kami
+6086 584 389 (Tel/Faks) ARKIB
November 2021
KATAGORI
All
|