20 Januari | Atlet Merentas Desa SK Tatau mewakili daerah Tatau mencipta nama di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu pada hari ini. Pasukan kita telah dinobatkan Juara Keseluruhan kategori lelaki dan perempuan. Penolong Kanan Kokurikulum, En. Sambang Tumas berkata, "Tahniah atlet SK Tatau menyumbangkan pingat untuk Rentas Desa peringkat Bahagian dan tahniah kepada Penyelaras Sukan, En. Hanis Safwan dan barisan jurulatih.Permulaan yang baik untuk sesi 2018".
Menurut Penyelaras Sukan, En. Hanis Safwan berkata, "Kita menang keseluruhan bagi kategori L12 dan P12. Berbekalkan reputasi ini, kita akan bertanding sebagai wakil Bintulu untu Kejohanan Merentas Desa MSS Negeri Sarawak 2018 di UPM Bintulu pada 10 Februari 2018 nanti". Atlet daerah Tatau yang terpilih mewakili Bintulu adalah atlet yang telah mendapat tempat pertama hingga ke-6 dalam kejohanan bagi setiap kategori. Atlet tersebut adalah adik Albert Bawing Ak Labun dari Kelas 6 Musytari. Tahniah diucapkan. |
Hubungi Kami
+6086 584 389 (Tel/Faks) ARKIB
November 2021
KATAGORI
All
|