Laporan oleh: Cik Kaunselor Majlis Restu Ilmu merupakan program tahunan anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama guru-guru tahun enam. Program ini diadakan khas untuk calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang akan menduduki ujian pada minggu hadapan.
Pihak sekolah yakin bahawa keredhaan guru-guru atas ilmu yang dicurahkan amat penting bagi memastikan segala ilmu yang dipelajari memperoleh keberkatannya. Oleh itu, majlis ini dirancang bagi memberi peluang kepada murid-murid tahun enam untuk memohon maaf serta restu daripada guru-guru yang telah berpenat lelah mengajar dan mendidik mereka selama ini. Butiran program adalah seperti berikut: Tarikh : 8 September 2017 (Jumaat) Masa : 8.00 – 10.00 Pagi Tempat : Dewan Seri Kenyalang Penyelaras : Cik Rafidah Suhaili Program ini juga bertujuan memberi kesedaran dan perangsang kepada calon UPSR agar mereka lebih bersemangat dan yakin untuk menghadapi UPSR. Majlis turut diselitkan dengan taklimat peperiksaan sebagai persediaan untuk murid-murid menduduki peperiksaan yang bakal tiba. |
Hubungi Kami
+6086 584 389 (Tel/Faks) ARKIB
November 2021
KATAGORI
All
|