Oleh: Abdul Wafi, GPB Alhamdulillah ala kulli haal. Kerja migrasi tapak daftar rumah sukan ke data ke data studio berjaya. Berkat kerja keras pagi tadi, berjaya juga kerja-kerja migrasi data rumah sukan masuk ke dalam sistem Daftar KK. Update Log: Tapak daftar rumah sukan sebelum ini hanya merekodkan nama, kelas dan rumah sukan. Tiada "key" yang sesuai dapat digunakan untuk "link" kan tapak lama ke sistem baru. Biasanya sekolah-sekolah menggunakan no APDM ataupun mereka "generate" unik ID yang baru (No. KP agak sensitif digunakan, dan panjang juga). 1) 7.20 am - Solusi yang dibuat tadi adalah, gunakan nama sebagai key dalam tapak lama dengan APDM dan buat report guna data studio yang baru (Nama, Kelas, Tahun, KP, dan Rumah Sukan). Kelemahan cara ni adalah, murid yang salah ejaan dan masalah nama sama atau bertindih (duplicate) di dalam tapak lama akan keciciran rumah sukan. Saya kira mungkin dalam 20% (160 orang) murid akan tercicir. 2) Selepas tu, export sheets yang baru, untuk proses mengisi rumah sukan bagi murid yang tercicir. Selepas "filter" sheets tadi, ada seramai 300 murid, (301 murid to be exacted) yang tercicir (41% tercicir tu). Tapi, semuanya sebab ejaan nama, dan murid baru. Tak ada nama bertindih dalam tapak lama tu. Marilah kita bekerja. 3) Hasilnya: Tinggal baki 12% (94 murid) daripada 727 nama yang tercicir. Boleh la untuk langkah pertama. 4) Kemudian, buat data blending baru APDM dengan sheets. Blending baru ni menggunakan IC murid supaya tak ada lagi isu salah ejaan nama dan data bertindih. Akhir sekali, masukkan dalam Daftar KK untuk analisis dan verifikasi. 2.20 pm - Tamat Log LIHAT JUGA |
Hubungi Kami
+6086 584 389 (Tel/Faks) ARKIB
November 2021
KATAGORI
All
|