Go! Tatau Go!Awal PenubuhanSukan hoki pada mulanya diperkenalkan di Sk Tatau melibatkan murid perempuan sahaja. Pada peringkat ini, arena hoki bermula melalui latihan dan perlawanan persahabatan sahaja (2015). Hasilnya, Program Pembangunan Hoki Tatau berjaya menghasilkan pingat gangsa pada tahun 2016 dalam Kejohanan Terbuka Hoki 2016 kategori Perempuan 12 Tkb. Kejayaan ini berjaya mendapat perhatian warga sekolah dan daerah terutamanya dalam kalangan murid-murid. Penglibatan AktifMenjelang 2017, arena hoki telah berjaya diserap masuk dengan bertambahnya keahlian kelab beserta program pembangunan yang lebih mendalam. SK Tatau & SK Kelawit telah mewujudkan barisan jurulatih dan melahirkan pemain yang aktif dalam hoki untuk menaikan arena hoki daerah Tatau. Melalui kerjasama ini, mutu permainan berjaya ditingkatkan di samping mengharungi kejohanan hoki terbuka Bintulu baru-baru ini. HarapanDiharapkan momentum yang ada dapat diteruskan ke tahun yang seterusnya. Barisan kejurulatihan mengharapkan lebih banyak pemain hoki yang aktif dapat dihasilkan dari masa ke semasa. Ikuti perkembangan kami di laman web ini di masa akan datang. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua di masa akan datang. Promosi Piala Sultan Azlan ShahLihat Juga:
|
Hubungi Kami
+6086 584 389 (Tel/Faks) ARKIB
November 2021
KATAGORI
All
|